Barangan keperluan asas, seperti beras, barang dapur, tepung, minyak, mee, dan lain-lain.
Ubat-ubatan, alat bantuan perubatan & pemeriksaan kesihatan.
Baikpulih fasiliti rumah dan bantuan kewangan.
*Yayasan Mihrab akan menyalurkan sumbangan berdasarkan keperluan penerima
Sebanyak 10 episod Tangisan Zulhijjaah akan ditayangkan sepanjang bulan Zulhijjah di RTM (TV1) yang membawa anda mendalami lebih banyak lagi kisah-kisah keperitan keluarga asnaf serta aktiviti sumbangan yang disampaikan oleh kami.
ما من أيام أعظم عند الله سبحانه ولا أحب إليه العمل فيهن من هذه الأيام العشر. فأكثروا فيهن من التهليل والتكبير والتحميد
“Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah dan tidak ada hari yang lebih disayangi oleh Allah supaya kita beramal di dalamnya melainkan pada 10 hari ini. Maka perbanyakkanlah bertahlil, bertakbir dan bertahmid”
–HR al-Tabrani
Tuan/ Puan dapat membantu dengan membuat sumbangan bersama Yayasan Mihrab bagi Kempen Tangisan Zulhijjah.
Setiap sumbangan tuan puan merupakan titisan air mata kebahagiaan bagi mereka yang memerlukan.
RM0.00 – RM30,000.00
’Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan."
–Surah al-Baqarah: 271
“Sesiapa yang meringankan daripada seorang mukmin satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah SWT akan meringankan daripadanya satu kesusahan daripada kesusahan di Hari Kiamat. Sesiapa yang memudahkan kepada orang yang kesempitan, Allah akan memudahkan kepadanya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup (aurat atau keaiban) seorang muslim, Allah akan menutup (aurat atau keaiban) nya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama mana hamba itu menolong saudaranya.
–Riwayat Muslim (2699)